Friday, May 1, 2009

.:Refleksi Berkumpulan:.


Aktiviti (2) Refleksi Berkumpulan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Arahan:

Setiap kumpulan mengandungi 3 orang pelajar. dalam kumpulan kecil ini, anda diminta untuk membuat refleksi ke atas masalah dan penambahbaikan dalam proses P&P sesuatu tajuk. cadangkan satu strategi atau kaedah pengajaran dalam mengatasi masalah tersebut.

Nama ahli kumpulan:
  1. Mohd Latiffi Bin Latin P48701
  2. Ahmad Fadhli Bin Mokhtar P48673
  3. Mohd Amin Bin Zakaria P48668
Maklumat subjek Pelajaran Pendidikan Islam:

Tajuk : Bilal Bin Rabah
Bahagian : Sirah & Tamadun Islam Tingkatan 1

Kelemahan yang dikenalpasti:
  1. Guru banyak menggunakan kaedah kuliah. Walaupun subjek Sirah lebih kepada penceritaan tetapi guru gagal menguasai teknik pengajaran bercerita yang mana membawa kepada kebosanan pelajar.
  2. Proses P&P lebih berpusatkan kepada guru.
  3. Guru gagal menarik minat pelajar dalam set induksi.
  4. Guru gagal menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat menarik minat pelajar sekaligus meningkatkan kefahaman mereka.
  5. Guru menganggap para pelajar faham dengan apa yang disampaikan tanpa membawa pelajar kepada gambaran sebenar atau penghayatan cerita tersebut sehingga terkesan di hati pelajar.
  6. Para pelajar tidak dapat mengaitkan pengajaran kisah Bilal Bin Rabah dengan kehidupan seharian pelajar seterusnya pelajar tidak dapat mengaplikasikan nilai-nilai yang terdapat dalam riwayat hidup Bilal Bin Rabah dalam kehidupan mereka seharian.
Penambahbaikan kaedah pengajaran:
  1. Walaupun subjek Sirah lebih kepada teknik pengajaran secara penceritaan, guru boleh menggunakan teknik-teknik pengajaran yang lain seperti soal jawab, perbincangan lakaran dan sebagainya. Pengajaran Sirah juga akan menjadi lebih efektif melalui pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.
  2. Sebelum memulakan proses P&P, guru perlu mengetahui tahap pemikiran dan penguasaan para pelajarnya terhadap sesuatu tajuk. Objektif pengajaran yang ingin dicapai perlu mengikut aras kefahaman pelajar.
  3. Set induksi yang dibantu dengan penggunaan ICT lebih menarik minat para pelajar.
  4. Guru perlu menguasai sesuatu tajuk yang ingin disampaikan agar penyampaian ilmu tersebut berjalan lancar, tidak tersekat-sekat. Maklumat tidak hanya semata-mata yang tercatit dalam buku teks, tetapi terdapat maklumat tambahan daripada rujukan-rujukan lain seperti internet dan bahan bacaan ilmiah lain.
  5. Penggunaan BBM yang efektif ialah BBm yang dapat digunakan berulang-ulang kali. secara tidak langsung ia dapat menjimatkan masa dan wang. penggunaan BBM juga seharusnya dibuat berdasarkan aras kefaman pelajar.
  6. Aktiviti berpusatkan pelajar merujuk kepada penyertaan pelajar yang lebih berbading guru dalam proses P&P. Pembelajaran kooperatif merupakan pembelajaran berkesan dalam melibatkan semua pelajar dalam aktiviti P&P.

No comments:

Post a Comment