Saturday, May 9, 2009

.:Refleksi Individu:.


Aktiviti (1) Refleksi Kendiri Kem Bina Insan Guru II


Arahan:
  • Senaraikan masalah atau kelemahan diri yang dapat dikesan. Kemudian, senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan melalui pengaplikasian Pelan Tindakan.
  • Dalam Pelan Tindakan tersebut, (1) Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil (2) Jelaskan cara pengumpulan data dibuat (3) Bagaimana pemantauan dibuat terhadap langkah-langkah yang ingin atau sedang dilakukan (4) Bagaimana penilaian dibuat dalam menentukan langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan tercapai.
Kelemahan:
  1. Bersifat pasif
  2. Tidak cekap menguruskan masa
  3. Bersikap ambil mudah dalam setiap perkara (easy going)
Penambahbaikan:
  1. Melatih diri bersikap aktif
  2. Melatih diri menepati masa
  3. Memupuk mentaliti "Buat yang terbaik untuk semua perkara"
Matlamat (umum):

Menjadi seorang guru yang proaktif, menepati masa dan bersemangat dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dilakukan.


Pelan Tindakan

4 aspek utama dalam Pelan Tindakan iaitu mengkaji langkah – langkah yang perlu diambil, merancang proses pengumpulan data, memantau pelaksanaan setiap perancangan dan menilai keberkesanan setiap pelaksanaan.

Langkah-langkah yang perlu diambil:
  1. Cuba mempertingkat pergaulan dan kemahiran berkomunikasi melalui penyertaan dalam ahli jawatankuasa rekreasi Dalam komuniti (RDK) dan sebagainya.
  2. Menghadirkan diri ke kuliah awal contohnya 15-10 minit lebih awal
  3. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan meletakkan ganjaran terhadap diri sendiri contohnya "apabila saya berjaya menyiapkan assignment Dr Siti lebih awal saya akan belanja diri saya makan Sate kajang Hj Samuri...hehehh :)

Perancangan proses pengumpulan data:
  1. Menyediakan satu borang pertanyaan diri / muhasabah diri
  2. Meminta pendapat rakan dalam menilai kekurangan diri.
  3. Memotivasikan diri melalui pembacaan contohnya membaca buku-buku motivasi.
Memantau perlaksaan langkah-langkah yang dirancang:

Dalam konteks ini, pemantauan yang dibuat lebih kepada melakukan refleksi kendiri dari masa ke masa dalam melihat perkembangan langkah-langkah yang telah dijalankan.

Penilaian terhadap pencapaian perancangan perlaksanaan langkah-langkah:

Saya menilai langkah-langkah yang telah dilaksanakan samada berkesan atau tidak. Jika langkah-langkah tersebut masih tidak dapat membantu mengatasi sifat negatif dalam diri saya, saya akan mencuba strategi atau langkah lain dan proses ini dilakukan sehingga sifat-sifat negatif dalam diri yang dapat dikesan dapat dikikis sedikit demi sedikit.

1 comment: