Saturday, May 23, 2009

.:Tugasan Ulasan Buku:.

Maklumat Buku

Tajuk buku : Doing Action Research : A Guide for School Support Staff

Pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie dan Judith Baser

Tahun diterbitkan : 2006 (Cetakan Pertama)

Penerbit : Paul Chapman Publishing, City Road, London.

Bab 1 Pengenalan Kajian Tindakan

Dalam bab ini secara umunya membincangkan tentang pengenalan kajian tindakan kepada seseorang guru. Kajian tindakan penting dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di samping mengkaji beberapa isu atau fenomena yang berlaku dalam lingkungan sekolah seterusnya cuba mencari jalan penyelesaian ke atas isu-isu tersebut. Selain itu kajian tindakan juga secara langsung dapat menggalakkan penghasilan idea atau teori baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan juga secara tidak langsung dapat membina sikap yang lebih positif di kalangan pengkaji iaitu guru. Pendekatan kajian tindakan dapat dijalankan dengan beberapa pendekatan iaitu positivism, interpretivisme, kajian eksperimental, kajian kes dan dan etnografi. Kajian tindakan merupakan satu kaedah yang berkesan dalam mengubah atau mempertingkat sesuatu keadaan setempat. Kajian tindakan bersifat praktikal, mengikut kitaran yang teratur dan memfokuskan kepada usaha penyelesaian sesuatu masalah. Dengan kata lain, kajian tindakan merupakan agen perubahan dalam menambah baik sesuatu isu atau fenomena yang tidak diinginkan di sekolah. Kitaran kajian tindakan dapat dilihat melalui proses yang sistematik iaitu mengenalpasti sesuatu yang ingin dipantau dan memerlukan perubahan > melaksanakan perubahan-perubahan yang dirancang > melihat kesan perubahan yang telah dibuat > rancang semula atau melakukan penambahbaikan terhadap perubahan > ulang semula perubahan-perubahan yang telah diperbaiki > Lakukan usaha berterusan agar perubahan seiring dengan matlamat yang diharapkan. Proses kitaran kajian tindakan memerlukan langkah-langkah seperti perancangan (planning), senarai untuk membuat pilihan terhadap fokus sesuatu kajian tindakan di samping tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Bab 2 Membuat penelitian maklumat dan kajian semula

Dalam melakukan sesuatu kajian tindakan, seseorang perlu juga merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang terdapat dalam sumber-sumber bercetak atau elektronik seperti buku, suratkhabar, jurnal, internet dan sebagainya. Pencarian maklumat dalam matlamat membuat kajian tindakan ini dinamakan sebagai kajian perpustakaan. Perbincangan dengan individu pakar tentang sesuatu isu yang ingin dijalankan juga perlu dalam proses mencari idea terbaik dalam natijah kajian tindakan tersebut. Tidak dapat disangkal lagi, melalui pencarian kajian pustakaan dalam konteks pembacaan juga dapat menjadikan kita pembaca atau penerima maklumat yang kritikal. Dengan kata lain, perbezaan pendapat, percanggahan, ketidaktepatan, pembidasan, berat sebelah, kekaburan dan konflik yang wujud dalam aktiviti pembacaan yang kerap akan menjadikan kita seorang yang tidak hanya menerima bulat-bulat setiap input yang dibaca tetapi penilaian dan tapisan tentang kebenarannya dibuat terlebih dahulu sebelum maklumat tersebut diterima atau sebaliknya. Terdapat beberapa kemahiran membaca yang boleh digunakan oleh pengkaji untuk mencari maklumat iaitu membaca secara tepat untuk mendapat maklumat khusus dan bukan gambaran keseluruhan idea (scanning), membaca dengan pantas bertujuan memahami idea utama (skimming), membaca untuk mencari makna yang mana memerlukan kepada pemahaman yang jelas dan pembacaan yang teliti (reading for meaning) dan membaca secara laju dan berkesan (reading speed).


Bab 3 Pengumpulan Data

Teknik pengumpulan data perlu dalam mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang hendak dilaksanakan. Dalam proses pengumpulan data beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu pemilihan teknik pengumpulan data yang relevan dengan kajian yang hendak dibuat, jangkamasa pengumpulan data yang mana masa yang lebih diperlukan dalam menghasilkan kajian yang mempunyai skop yang lebih luas dan juga kepelbagaian teknik pengumpulan data. Data yang telah diperolehi ini seterusnya akan disimpan dalam bentuk data kajian melalui catatan diari, buku log, jurnal, bahan dokumentasi dan sebagainya. Pemilihan instrumen kajian yang tepat perlu dalam mendapatkan data yang tepat terhadap sesuatu permasalahan kajian. Contoh-contoh instrumen kajian adalah seperti Pemerhatian, Soal selidik, Temu bual, Diari, Jurnal, Sumber dokumentasi dan
Alat pandang dengar (audio-visual). Instrumen-instrumen yang dinyatakan ini dapat dignakan secara fleksibel atau digabungkan mengikut kesesuaian dalam proses pengumpulan data yang lebih efisyen. Dalam proses pengumpulan data juga dua faktor perlu ditekankan iaitu kebolehpercayaan (reliability) dan kesahan (validity). Dalam kebolehpercayaan. nilai pengukuran yang dihasilkan tidak semestinya tepat dengan nilai sebenar. Sesuatu perkara itu dapat dipastikan kebolehpercayaannya apabila perbezaan di antara nilai pengukuran dan nilai sebenar kecil iaitu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Dalam kesahan pula ia meupakan satu alat ukur yang tetap yang mana ia sukar disahkan apabila ia hanya berperanan mengukur variable (sesuatu yang berubah) tertentu sahaja.

Etika dalam Kajian Tindakan

a)Kebenaran daripada pihak yang terlibat

b)Perlindungan atau kerahsiaan responden yang terlibat

c)Tiada keraguan dan maklumat yang boleh dipercayai

Bab 4 Analisis Data

Dalam penganalisian data, apa yang perlu ialah bagaimana menggunakan data yang diperolehi melalui konsep-konsep tertentu. Analisa data lebih merujuk kepada pengorganisasian data. Data yang diperolehi daripada pelbagai sumber seperti komentar, gambar, dokumen, jurnal, artikel dan sebagainya perlu diatur, disusun dan dikategorikan dalam matlamat mencari tema atau hipotesis kajian yang dibuat. Proses penganalisian data memerlukan kepada perhatian yang konsisten dan pemikiran yang teliti dan kritikal.

Bab5 Menulis Laporan

Hasil dapatan yang diperolehi akhirnya perlulah ditulis dalam bentuk laporan formal mengikut standard atau piawaiannya yang tersendiri. Dalam penulisan laporan beberapa aspek perlu diambil kira iaitu a) Muka depan b) Penghargaan c) Senarai Kandungan d) Abstrak/Ringkasan/Sinopsis e) Pengenalan f) Kajian Kepustakaan g) Motodologi h) Hasil Dapatan i) Analisis/Penilaian/Perbincangan j) Kesimpulan k) Cadangan l) Bibliografi dan m) Appendix. Selain itu gaya penulisan yang standard, jelas dan tidak meleret, penulisan yang meyakinkan dan memberi kesan kepada pembaca di samping disertakan dengan sumber rujukan yang dipercayai merupakan di antara faktor yang menyumbang kepada penghasilan laporan dapatan kajian yang baik.

Bab 6 Faedah daripada Kajian Tindakan

Dalam kajian tindakan juga, perkongsian idea merupakan elemen penting dalam menilai sejauh mana keberkesanan, kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan kajian yang dijalankan. Pembentangan kajian yang dibuat yang dikenali sebagai “viva” adalah salah satu cara iaitu pengkaji ditanya mengenai hasil kajiannya daripada pelbagai sudut dalam skop kajiannya.

Wednesday, May 13, 2009

.:Kajian Kepustakaan.:


(Nota 5 -Kuliah 4- 11 Mei 2009)

Konsep Kajian Kepustakaan:
  • sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan, yang dilakukan secara kritikal ke atas isi-isi penting.
  • penelitian terhadap kajian terdahulu, dirancang untuk merapatkan penyelidik dengan maklumat tertentu yang relevan dengan topik yang diselidiki.
Kajian Kepustakaan boleh dikatakan satu proses yang sistematik yang memerlukan pembacaan dan pencarian secara kritikal terhadap isi-isi penting terhadap bahan-bahan literatur.

Terdapat 5 langkah dalam mengulas bahan sorotan:

1. Membandingkan dan membezakan
  • Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
  • Digunakan apabila terdapat lebih daripada satu ciri atau kemungkinan atau dalam proses membuat pilihan atau keputusan.
Langkah penggunaan:

1. Menumpukan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data).
2. Mengenalpasti ciri kajian tindakan itu.
3. Menentukan samada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama

2. Menganalisis

  • Mengolah maklumat dengan huraiannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
  • Mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan kenali prinsip yang terlibat
3. Menilai

- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan atau keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah
- untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu, atau menerima atau menolak sesuatu idea

4. Membuat kesimpulan

  • Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
  • Membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan
5. Mensintesis

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk hasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, lukisan.

Saturday, May 9, 2009

.:Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan:.


Nota_4_-_Pengurusan_Perubahan_Dalam_Pendidikan
Aktiviti Berkumpulan

Arahan: Nyatakan 8 sebab orang menentang perubahan dan sertakan sekali langkah penyelesaian.
  1. Perubahan yang dianggap membawa kesan yang negatif.
  2. Perubahan menyebabkan perselisihan pendapat.
  3. Perubahan menuntut kepada perubahan sikap dan mentaliti sekaligus mempengaruhi zon selesa seseorang individu.
  4. Perubahan yang ingin dibuat tidak mempunyai perancangan dan strategi yang meyakinkan.
  5. Perubahan memerlukan kepada harga seperti kewangan dan harta benda di samping tenaga.
  6. Perubahan yang hanya mementingkan golongan tertentu sahaja.
  7. Perubahan yang drastik, tergesa-gesa (tanpa perancangan teliti)
Cara Penyelesaian:

Perubahan memerlukan kepada pengorbanan dari beberapa aspek. Perubahan juga kadang-kadang berdepan dengan risiko kegagalan sebelum menemui keberhasilan dan kejayaan. Dalam konteks ini, semua pihak perlu sedar perubahan yang ingin dibuat memerlukan kepada persetujuan dan sokongan sebulat suara sebelum melaksanakannya. Walaubagaimanapun, perancangan yang teliti perlu dibuat dalam melakukan sesuatu perubahan yang mana mengambil kira kepentingan semua pihak agar ia dapat diterima baik dan dapat dijalankan dengan sepenuh hati. Perubahan ini juga perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk melihat keberhasilannya. Hakikatnya, kita perlu sedar setiap perubahan yang dilakukan tidaklah sempurna. ia adat kebiasaan setiap perubahan yang telah dibuat pastinya mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri dan dalam konteks ini kita tidak seharusnya menuding jari menyalahkan satu sama lain tetapi cuba mencari jalan penyelesaian bersama-sama dalam memperbaiki perubahan yang telah dibuat.

.:Refleksi Individu:.


Aktiviti (1) Refleksi Kendiri Kem Bina Insan Guru II


Arahan:
  • Senaraikan masalah atau kelemahan diri yang dapat dikesan. Kemudian, senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan melalui pengaplikasian Pelan Tindakan.
  • Dalam Pelan Tindakan tersebut, (1) Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil (2) Jelaskan cara pengumpulan data dibuat (3) Bagaimana pemantauan dibuat terhadap langkah-langkah yang ingin atau sedang dilakukan (4) Bagaimana penilaian dibuat dalam menentukan langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan tercapai.
Kelemahan:
  1. Bersifat pasif
  2. Tidak cekap menguruskan masa
  3. Bersikap ambil mudah dalam setiap perkara (easy going)
Penambahbaikan:
  1. Melatih diri bersikap aktif
  2. Melatih diri menepati masa
  3. Memupuk mentaliti "Buat yang terbaik untuk semua perkara"
Matlamat (umum):

Menjadi seorang guru yang proaktif, menepati masa dan bersemangat dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dilakukan.


Pelan Tindakan

4 aspek utama dalam Pelan Tindakan iaitu mengkaji langkah – langkah yang perlu diambil, merancang proses pengumpulan data, memantau pelaksanaan setiap perancangan dan menilai keberkesanan setiap pelaksanaan.

Langkah-langkah yang perlu diambil:
  1. Cuba mempertingkat pergaulan dan kemahiran berkomunikasi melalui penyertaan dalam ahli jawatankuasa rekreasi Dalam komuniti (RDK) dan sebagainya.
  2. Menghadirkan diri ke kuliah awal contohnya 15-10 minit lebih awal
  3. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan meletakkan ganjaran terhadap diri sendiri contohnya "apabila saya berjaya menyiapkan assignment Dr Siti lebih awal saya akan belanja diri saya makan Sate kajang Hj Samuri...hehehh :)

Perancangan proses pengumpulan data:
  1. Menyediakan satu borang pertanyaan diri / muhasabah diri
  2. Meminta pendapat rakan dalam menilai kekurangan diri.
  3. Memotivasikan diri melalui pembacaan contohnya membaca buku-buku motivasi.
Memantau perlaksaan langkah-langkah yang dirancang:

Dalam konteks ini, pemantauan yang dibuat lebih kepada melakukan refleksi kendiri dari masa ke masa dalam melihat perkembangan langkah-langkah yang telah dijalankan.

Penilaian terhadap pencapaian perancangan perlaksanaan langkah-langkah:

Saya menilai langkah-langkah yang telah dilaksanakan samada berkesan atau tidak. Jika langkah-langkah tersebut masih tidak dapat membantu mengatasi sifat negatif dalam diri saya, saya akan mencuba strategi atau langkah lain dan proses ini dilakukan sehingga sifat-sifat negatif dalam diri yang dapat dikesan dapat dikikis sedikit demi sedikit.

Friday, May 1, 2009

.:Rekabentuk Kajian Tindakan:.


(Nota 3 - Kuliah 2 - 27 April 09)
Terdapat
2 tujuan Kajian Tindakan iaitu:

1. Projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi

Merancang -- Tindakan -- Pemerhatian -- Refleksi

Langkah pelaksanaan kajian tindakan seperti ini adalah bagi menjalankan projek teras bertujuan untuk melaporkan hasil kajian kepada sesebuah organisasi/pihak pentadbiran

2. Projek akademik dan penulisan artikel ilmiah

Kajian Kepustakaan -- Pengumpulan Data -- Analisis Data -- Sumbangan Kepada Bidang Pengetahuan

Langkah pelaksanaan kajian tindakan seperti ini adalah bagi menjalankan projek akademik dan penulisan artikel ilmiah.


Walaubagaimanapun, kedua-dua reka bentuk tersebut saling berkait dalam pelaksanaan kajian tindakan oleh seseorang penyelidik atau guru.

Rekabentuk kajian tindakan terdiri daripada beberapa relung kitaran. Di antara contoh reka bentuk Kajian Tindakan antaranya ialah:

1. Coghlan and Brannick (2001)
2. Mac Isaac (2005)

3. Kemmis (1983)

.:Refleksi Berkumpulan:.


Aktiviti (2) Refleksi Berkumpulan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Arahan:

Setiap kumpulan mengandungi 3 orang pelajar. dalam kumpulan kecil ini, anda diminta untuk membuat refleksi ke atas masalah dan penambahbaikan dalam proses P&P sesuatu tajuk. cadangkan satu strategi atau kaedah pengajaran dalam mengatasi masalah tersebut.

Nama ahli kumpulan:
  1. Mohd Latiffi Bin Latin P48701
  2. Ahmad Fadhli Bin Mokhtar P48673
  3. Mohd Amin Bin Zakaria P48668
Maklumat subjek Pelajaran Pendidikan Islam:

Tajuk : Bilal Bin Rabah
Bahagian : Sirah & Tamadun Islam Tingkatan 1

Kelemahan yang dikenalpasti:
  1. Guru banyak menggunakan kaedah kuliah. Walaupun subjek Sirah lebih kepada penceritaan tetapi guru gagal menguasai teknik pengajaran bercerita yang mana membawa kepada kebosanan pelajar.
  2. Proses P&P lebih berpusatkan kepada guru.
  3. Guru gagal menarik minat pelajar dalam set induksi.
  4. Guru gagal menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat menarik minat pelajar sekaligus meningkatkan kefahaman mereka.
  5. Guru menganggap para pelajar faham dengan apa yang disampaikan tanpa membawa pelajar kepada gambaran sebenar atau penghayatan cerita tersebut sehingga terkesan di hati pelajar.
  6. Para pelajar tidak dapat mengaitkan pengajaran kisah Bilal Bin Rabah dengan kehidupan seharian pelajar seterusnya pelajar tidak dapat mengaplikasikan nilai-nilai yang terdapat dalam riwayat hidup Bilal Bin Rabah dalam kehidupan mereka seharian.
Penambahbaikan kaedah pengajaran:
  1. Walaupun subjek Sirah lebih kepada teknik pengajaran secara penceritaan, guru boleh menggunakan teknik-teknik pengajaran yang lain seperti soal jawab, perbincangan lakaran dan sebagainya. Pengajaran Sirah juga akan menjadi lebih efektif melalui pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.
  2. Sebelum memulakan proses P&P, guru perlu mengetahui tahap pemikiran dan penguasaan para pelajarnya terhadap sesuatu tajuk. Objektif pengajaran yang ingin dicapai perlu mengikut aras kefahaman pelajar.
  3. Set induksi yang dibantu dengan penggunaan ICT lebih menarik minat para pelajar.
  4. Guru perlu menguasai sesuatu tajuk yang ingin disampaikan agar penyampaian ilmu tersebut berjalan lancar, tidak tersekat-sekat. Maklumat tidak hanya semata-mata yang tercatit dalam buku teks, tetapi terdapat maklumat tambahan daripada rujukan-rujukan lain seperti internet dan bahan bacaan ilmiah lain.
  5. Penggunaan BBM yang efektif ialah BBm yang dapat digunakan berulang-ulang kali. secara tidak langsung ia dapat menjimatkan masa dan wang. penggunaan BBM juga seharusnya dibuat berdasarkan aras kefaman pelajar.
  6. Aktiviti berpusatkan pelajar merujuk kepada penyertaan pelajar yang lebih berbading guru dalam proses P&P. Pembelajaran kooperatif merupakan pembelajaran berkesan dalam melibatkan semua pelajar dalam aktiviti P&P.