(Nota 1 -Kuliah 1- 20 April 09)
Kajian Tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. (Elliott dan Adelman, 1976)
Kajian Tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut. (Mc Niff, 1988)
Berdasarkan dua contoh konsep kajian tindakan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan menekankan keperluan guru memahami situasi sosial sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar dengan tujuan memperbaiki amalan guru.
Kepentingan Kajian Tindakan kepada Para Guru:
- Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya
- Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
- Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri
- Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
- Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
- Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan.
No comments:
Post a Comment