Thursday, April 30, 2009

.:Jenis-jenis Kajian Tindakan:.


(Nota 2-Kuliah 1-20 April 09)

1. Secara Individu
:
Kajian yang memfokuskan kepada sesuatu situasi atau isu dalam bilik darjah.

2. Secara Kolaboratif
Melibatkan lebih daripada 2 orang guru sama ada;
a) sama bidang,
b) berlainan subjek, atau
c) antara guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
kajian melibatkan sebuah kelas atau beberapa buah kelas.

3. Peringkat Sekolah (Organisasi)
Kajian memfokuskan kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah (luar bilik darjah) yang
melibatkan warga sekolah

4. Peringkat Daerah
kajian berfokus kepada satu isu yang sama di beberapa buah sekolah di peringkat daerah.

.:Konsep & Kepentingan Kajian Tindakan:.


(Nota 1 -Kuliah 1- 20 April 09)
Kajian Tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. (Elliott dan Adelman, 1976)

Kajian Tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut. (Mc Niff, 1988)

Berdasarkan dua contoh konsep kajian tindakan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan menekankan keperluan guru memahami situasi sosial sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar dengan tujuan memperbaiki amalan guru.

Kepentingan Kajian Tindakan kepada Para Guru:
  1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
  3. Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri
  4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
  5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan.
Sumber: Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan Di Sekolah: Definisi, Proses dan Cabaran. Jitra, Kedah: Pure Honey Enterprise

Wednesday, April 29, 2009

:.Tugasan Kajian Tindakan GGGB5023:.


Tugasan 1 (10%) individu
(Tarikh akhir: 25.05.09)

Ulas 1 buku dalam Bahasa Inggeris tentang Kajian Tindakan, merangkumi:
  • Reka bentuk kajian tindakan
  • Pengumpulan dan penganalisisan data
  • Lapor dalam blog individu

Tugasan 2 (10%) individu
(Tarkh akhir: 25.05.09)

Ulas dan Analisis Artikel Jurnal Kajian Tindakan
  • Dapatkan 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan
  • Buat perbandingan (persamaan dan perbezaan) dari segi prosedur kajian tindakan yang dilakukan
  • Laporkan dalam blog individu

Tugasan 3 (5%)

Laporan Artikel Seminar
  • Seminar Pendidikan Serantau (penyertaan dan laporan dihantar semasa seminar) 18-21.05.09
  • Seminar Penyelidikan Siswazah Kebangsaan (penyertaan)

Tugasan 4 (15%) berpasukan

Projek mini kajian tindakan A
(Tarikh akhir: 29.06.09 & 06.07.09)

  • Lakukan satu kajian tindakan kolaboratif dalam kelas pengajaran mikro dan makro
  • Laporkan dalam bentuk artikel kertas seminar dan bentangkan pada minggu ke 11 dan 12 (29.06.09 & 06.07.09)

Tugasan 5 (30%) berpasukan

Projek kajian tindakan kolaboratif B
  • Lakukan satu kajian tindakan kolaboratif di sekolah semasa latihan mengajar
  • Laporkan dalam bentuk artikel kertas seminar dan bentangkan pada Kolokium DPLI 2009 (30-31.10.09)